PIAGAM SEKOLAH

  • Mempraktiskan asas pendidikan dengan adil dan saksama kepada setiap pelajar
  • Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara sekolah dengan ibubapa.
  • Berusaha dengan sepenuh – penuhnya menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik dengan rajin sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
  • Menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

PIAGAM PELANGGAN

Bahawa kami warga SKBL berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :-

Murid :

  • Memastikan semua murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan.
  • Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil.
  • Memastikan semua murid yang layak mendapat pinjaman buku teks untuk tahun berikutnya menerima buku teks pada hujung tahun semasa, sebelum sesi persekolahan berakhir.

Staf:

  • Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun.
  • Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil tindakan segera, tidak lebih dari 3 hari.

Waris:

  • Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra.
  • Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
  • Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.

Kementerian Pelajaran:

  • Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak Kementerian Pelajaran diambil tindakan selewat-lewatnya sehari selepas surat/arahan diterima. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi sila berjumpa dengan Guru Besar atau hubungi talian.