Murid :
- Memastikan semua murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan.
- Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil.
- Memastikan semua murid yang layak mendapat pinjaman buku teks untuk tahun berikutnya menerima buku teks pada hujung tahun semasa, sebelum sesi persekolahan berakhir.
Staf:
- Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun.
- Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil tindakan segera, tidak lebih dari 3 hari.
Waris:
- Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra.
- Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
- Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
Kementerian Pelajaran:
- Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak Kementerian Pelajaran diambil tindakan selewat-lewatnya sehari selepas surat/arahan diterima. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi sila berjumpa dengan Guru Besar atau hubungi talian.